Wednesday 11 July 2012

berakhir sebuah percintaan... bermula sebuah penderitaan..

mencintai  sehingga diri sendiri terseksa...
bukan mudah mencitai
tapi sangat mudah untuk disakiti...
bukan mudah untuk melupakan
mungkin seumur hidup terpahat di hati...


Monday 4 June 2012

pernantian suatu penyiksaan (*_*)

aku rindu orang yang aku yang sayang yang aku kenal dya dari dulu.. aku rindu sangat dya yang dulu.. bole kah waktu dulu berulang lagi skunk.. aku harap sempat lagi aku merasa suasana dulu... ya allah aku rindu sangat dya ya allah...

 kalau hari lalu boleh terulang kembali..

boleh ke aku merasa ape yang indah sebelm ini untuk hari ini dan hari2 akan datang..

kalau hari ini kau mencintai aku,

masih kah ade lagi cinta untuk aku... untuk hari esok dan hari2 seterusnya..

sampai hari ini aku masih sayangkan kau.

aku sangat merindui diri kau yang aku kenal dulu.. 

knapa aku terlalu sedih,, takowt kehilangan kau

sedangkan kau belom tentu sedih atau takut untuk khilangan aku..

adakah aku ini terlalu bodoh? kerana terlalu mencintai kau. untuk hidup aku, aku tak pernah berniat untuk mempermainkan kau atau mempergunakan kau. dan aku mencintai kau bukan sekadar boyfriend tp suami untuk hidup aku. sebab tu terlalu sukar untuk aku melepaskan kau...pulangkanlah haty org yang aku sayang..


Sunday 27 May 2012

keras hatiku kerana mencintai mu

kesetiaan, kejujuran dan kasih sayang yang aku berikan disalah ertikan.... sedangkan niat aku baik kerana sangat risaukan orang yang aku sayang.. semakin lara hati ini... bila aku selalu di sakiti....... terlalu aku memikirkan keadaan dan hatinya. sehinggakan hati aku yang kian terluka tidak aku hiraukan.. ya allah, salahkah aku mencintai dan menyayanginya sepenuh hati aku. bagi aku. dya lah segala-segalanya untuk diri aku. seandainya aku salah dalam keadaan ini. kau bimbing la aku untuk mencari jalan yang indah dalam hubungan aku. tiada apa yang indah aku inginkan selain diri aku dan pengorbanan aku dihargai. berilah aku peluang menjaga kau sebagaimana orang lain menjaga orang yang mereka sayang. terlalu buntut dan tertekannya hidup aku. terseksanya jiwa aku. tolong la aku ya allah. ya allah aku benar-benar mencintai dia. telah habis kata untuk aku ungkapkan semua itu lagi. buka la pintu hati dia untuk dia menjaga hati aku dan mencintai aku selagi aku masih hidup. biarlah aku menikmati keindahan hidup seperti orang lain sebelum ajal menjemput aku. maafkan aku kalau cara aku mencintai kau tidak sempurna. tapi inilah cara aku mencintai orang yang aku sayang. sembuhkan lah hati aku sebelum ia terlambat. seandainya hidup aku bakal berakhir tidak lama lagi....... aku redha dan aku telah lama memaafkan setiap apa yang kau telah lukakan dan main2kan perasaan aku dan kasih sayang aku.. .. dan aku memohon maaf, halal kan segala yang kau telah berikan padaku...

jaga la hati ku supaya aku dapat menjaga hatimu dengan baik...
biar aku mati sebelum hatiku mati
ya allah tolong la aku.
aku tak pernah minta untuk hidup terseksa.
bukalah ruang kebahagiaan untuk aku...
amin ya rabbalalamin .........

Monday 16 April 2012

inilah caraku mencintaimu...


Hari ni kenalnya aku dengan seorang lelaki membuatkan aku kenal apa maksudnya erti kehidupan.  Cinta dan sayang yang satu ketika dulu hanya satu gurauan benar-benar muncul dalam hidup aku.   Siapa yang boleh menolak takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t..  Dulu aku hanya melihat kawan-kawan aku menangis dan ketawa dengan hadirnya seorang lelaki.  Tapi sekarang aku mula merasai apa yang dirasai oleh kawan-kawan aku.  Aku tak pernah menyalahkan takdir sekiranya dia memang ditakdirkan untuk aku.  Sebaliknya aku berasa bersyukur kerana bertemu dengannya dan dapat lalui hidup aku dengannya.  Setiap apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang ada peritnya ada indahnya.  Memang dah menjadi lumrah kehidupan yang kita tak akan selalu gembira kerana ada satu ketika kita akan diberi ujian oleh Allah s.w.t..  Tapi mampukah aku lalui lagi ujian-ujian yang bakal aku tempuhi nanti?
Beberapa hari lepas, hari yang sangat menyedihkan dalam hidup aku.  Sudah aku dihempap dengan seorang kawan tetiba aku dihempap sekali lagi dengan orang yang aku sayang.  Setiap apa yang diceritakan oleh seorang kawan aku cuba untuk tidak menyiakannya.  Tetapi itulah satu-satunya yang terjadi.  Hati mana yag tak terluka.  Hati mana yang tak sedih.  Puas aku memikirkan apa salah aku kepadanya.  Seandainya aku selalu melakukan kesalahan kepadanya aku memohon maaf kerana mungkin saat aku melakukan kesalahan tersebut aku tidak menyedarinya.  Aku bukan perempuan yang sempurna.  Mungkin bukan apa yang diingin oleh seorang lelaki. Tetapi hati aku ikhlas menerimanya dalam hidup aku.  Tak ada sebesar zarah pun di hati aku ingin mempermainkan perasaannya.  Siapa lah aku nak mempermainkan orang sesuka hati. Aku masih sedar siapa diri aku sebenarnya.
  Awak, saya nak minta maaf kat awak sekiranya saya selalu menyakitkan hati awak dan menggangu hidup awak.  Tapi dalam hati saya.  Saya tak pernah ada niat untuk mempergunakan awak ataupun memainkan perasaan awak.  Dari mula saya kenal awak hingga la sekarang saya ikhlas terima awak dalam hidup saya.  Saya nak kongsi susah senang saya dengan awak.  Memang tak dapat dinafikan lagi, saya sedih sangat bila seorang kawan berceritakan tentang awak tapi saya cuba untuk pertahankan awak.  Sama sekali saya tidak mengiakannya.  Sebab saya yakin awak tak akn tergamak buat saya macam tu.  Saya yakin yang awak sayangkan saya.  Kenapa awak tak boleh buktikan semua yang saya dengar tu Cuma satu gurauan.  Awak tahu tak yang saya sangat sayangkan awak.. apa lagi yang boleh saya lakukan supaya awak percaya tentang perasaan saya kepada awak.  Puas saya memikirkan salah saya kat awak.  Puas saya menanyakannya kepada awak apa salah saya kepada awak.. dan adakah salah saya kepada awak terlalu besar sehingga awak tak dapat maafkan saya ?  Saya minta maaf.  Awak saya tak sanggup kehilangan awak… sebab hati saya terlalu sayangkan awak dan sangat mencintai diri awak.  Awak, jangan tinggalkan saya !..  susah saya nak berterus terang dengan awak kalau awak ada dengan saya.  Saya akan kalah.  Saya kalah dengan air mata.  Saya tak nak nagis di depan awak.. tapi hari tu betul-betul membuat hati saya terluka.  Memang selama ini saya pendam semua rasa sedih yang bersarang di hati saya.  Tapi hari tu saya memang tak dapat menahan lagi semua kesakitan yang saya rasa.  Kenapa dilayan macam tu sekali?.  Buruk ke saya dimata awak?.  Hina ke saya dimata awak?.  Saya Cuma nak awak hargai saya. Semenjak saya kenal awak dari awak naik motosikal sampai la sekarang saya tak pernah mengharapkan apa-apa pun harta awak, duit awak.  Cinta dan sayang saya bukan pada harta awak tapi pada diri awak.  Saya Cuma nak awak tahu walau apa pun terjadi saya ihklas terima awak.  Awk selau cakap yang awak sayangkan saya.  Buktikan semua tu pada saya. Jaga la diri saya dengan baik dan jangan la awk sia-siakan hidup saya sepertimana perasaan awk terhadap saya.  Siang malam saya doakan awak dan saya supaya selalu bersama dan awak tak membenci diri saya.  Mungkin hari ini doa saya belum dimakbulkan dan awak belum dapat menerima saya macam mana saya menerima awak.  Tapi hari esok dan hari-hari yang akan datang saya harap doa saya dimakbulkan dan awak benar-benar  mencintai diri saya.  Maafkan saya sekiranya cakap-cakap saya ini menyakitkan hati awk.  Tapi inilah tempat saya meluahkan semua isi hati saya.  Saya tak ada niat untuk menyalahkan awak.  Terima la kekurangan saya kerana saya bukan perempuan yang sempurna di mata awk…”
Belajarlah mencintai seseorang yang hadir dalam hidup kita.  Jangan ah jadikan dirinya umpana peminta sedekah yang meminta cinta dan sayang awak.  Cinta dan sayang tak mudah ia datang dan tak mudah untuk ia pergi.. apatah lagi jika cinta dan sayang itu benar-benar datang dari hati yang ikhlas. Sekali ia bersarang di hati. Selama-lamanya ia menjadi isi di hati… 
(^_^)…….. maafkan saya…